Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.2
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Gunakan gaya objek dalam Numbers pada iPhone
Cara yang pantas untuk menukar rupa objek ialah dengan menggunakan gaya objek padanya. Setiap templat termasuk gaya objek—set atribut seperti warna, jidar dan bayang—yang direka supaya kelihatan cantik dengan templat.
Selepas menggunakan gaya pada objek, anda boleh mengubah rupa objek dengan lebih lanjut dengan membuat pilihan anda sendiri contohnya untuk jidar, warna dan bayang.
Untuk menggunakan gaya objek dengan jadual, lihat Gunakan gaya jadual dalam Numbers pada iPhone. Untuk menggunakan gaya objek dengan carta, lihat Gunakan gaya carta dalam Numbers pada iPhone.
Gunakan gaya pada objek
Ketik imej, bentuk, kotak teks, garis, anak panah atau video, kemudian ketik .
Petua: Untuk menjimatkan masa, anda boleh memilih berbilang objek dan menggunakan gaya sama untuk semuanya pada satu masa.
Ketik Gaya, kemudian ketik gaya untuk menggunakannya.