Buka hamparan dalam Numbers pada iPhone
Anda boleh membuka hamparan Numbers yang disimpan dalam iPhone, dalam iCloud Drive, pada pelayan bersambung, dalam penyedia storan pihak ketiga dan pada peranti storan luaran yang bersambung ke iPhone. Anda juga boleh mengimport hamparan Microsoft Excel (fail dengan sambungan nama fail .xls atau .xlsx), fail teks dipisahkan, atau fail teks lebar tetap ke dalam Numbers dan membuat perubahan padanya. Lihat Import fail Excel atau teks ke dalam Numbers pada iPhone.
Nota: Apabila anda membuka hamparan yang disimpan dalam iCloud Drive, ia dimuat turun secara automatik ke peranti anda.
Buka hamparan sedia ada dalam Numbers
Buka Numbers dan jika hamparan sudah dibuka, ketik Hamparan atau di penjuru kiri atas untuk melihat semua hamparan anda.
Ketik imej kecil untuk membuka hamparan.
Jika anda tidak melihat hamparan yang anda mahu buka, cuba mencarinya, atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari hamparan dalam Numbers pada iPhone.
Untuk membuat perubahan pada hamparan, anda mungkin perlu mengetik di bahagian atas skrin.
Hamparan yang anda terima daripada seseorang mungkin dibuka dalam paparan bacaan. Dalam paparan bacaan, anda boleh melihat kandungan dan melaksanakan tugas asas dalam hamparan, tetapi untuk membuat sebarang perubahan, anda mesti bertukar ke paparan pengeditan. Jika anda tidak melihat di bahagian atas skrin, hamparan telah berada dalam paparan pengeditan. Lihat Elakkan pengeditan secara tidak sengaja dalam Numbers pada iPhone.
Apabila anda membuka hamparan Numbers yang menggunakan fon yang anda tiada, pemberitahuan fon tiada kelihatan sebentar di bahagian atas helaian. Jika anda mahu melihat fon yang hilang dan fon gantian yang sedang digunakan, ketik Tunjukkan. Untuk menggantikan fon itu dalam hamparan ini secara kekal, ketik Selesaikan Amaran Fon, kemudian ketik Selesaikan.
Sesetengah templat tidak dimuat turun ke komputer anda sehingga anda memilihnya atau membuka hamparan yang menggunakan templat. Jika sambungan anda perlahan atau anda di luar talian semasa perkara ini berlaku, imej dalam hamparan mungkin kelihatan pada resolusi yang lebih rendah sehingga anda berada dalam talian semula atau templat selesai memuat turun.