Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.0
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Numbers pada iPhone
Nama pengarang kelihatan di penjuru kiri sebelah atas komen. Anda boleh menukar nama pada bila-bila masa.
Setkan nama pengarang anda untuk komen
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Nama Pengarang.
Taipkan nama, kemudian ketik Selesai pada papan kekunci.
Sebarang komen yang anda buat sebelumnya dalam hamparan ditukar untuk menunjukkan nama baharu. Komen yang anda buat dalam hamparan lain juga dikemas kini.
Nama pengarang baharu juga menjadi nama pengarang lalai untuk hamparan Numbers baharu dan menggantikan nama pengarang dalam semua hamparan anda yang lain.
Nama tidak diperlukan untuk hamparan yang dikongsi dengan orang lain. Untuk hamparan dikongsi, nama yang kelihatan dalam komen dan dalam senarai peserta ialah nama yang anda gunakan dengan Apple ID anda. Untuk menukar nama (tanpa menukar Apple ID anda), lawati halaman akaun Apple ID. Selepas anda mendaftar masuk, ketik Edit di sebelah kanan maklumat akaun anda, kemudian buat perubahan anda dan ketik Selesai.
Penting: Jika anda mengubah nama yang digunakan dengan Apple ID anda, ia kelihatan dalam semua app dan lokasi lain yang menggunakan Apple ID anda.
Jika anda berhenti berkongsi hamparan, nama pengarang dalam komen berubah kembali ke nama pengarang disetkan dalam Numbers.