![](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC40C10946222E107875BC/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
Formatkan hamparan untuk bahasa lain dalam Numbers pada iPhone
Bahasa dan rantau hamparan menentukan konvensyen pemformatan teks—contohnya, sama ada koma atau noktah digunakan sebagai titik desimal, simbol mata wang yang digunakan, tempat untuk sengkang perkataan di pemisah baris dan cara tarikh diwakili (hari/bulan/tahun atau bulan/hari/tahun).
Anda boleh mencipta hamparan yang menggunakan pemformatan bahasa berlainan selagi anda mempunyai lebih daripada satu sumber input (contohnya, papan kekunci kedua) ditambah dalam Seting.
Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain
Untuk menggunakan bahasa lain dalam hamparan anda, sediakan dahulu sumber input (contohnya, papan kekunci atau palet aksara yang khusus bahasa) untuk bahasa.
Pada skrin Utama, ketik Seting, kemudian ketik Umum.
Ketik Papan Kekunci, ketik Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian ketik papan kekunci yang anda mahu gunakan.
Untuk mengetahui cara menggunakan bahasa dan papan kekunci berlainan, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Jika Numbers terbuka, keluar daripada Numbers dan buka semula agar ia mengenali sumber tersebut.
Untuk bertukar kepada sumber input lain, tekan dan tahan
di bahagian bawah papan kekunci, kemudian pilih input yang anda mahukan.
Jika anda bertukar kepada bahasa yang ditulis dalam arah berlainan daripada bahasa semasa, titik sisipan bergerak ke sisi hamparan yang digunakan oleh bahasa baru. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik sisipan bergerak ke sebelah kanan hamparan.
Cipta hamparan dengan format bahasa berlainan
Dengan pengurus hamparan dalam paparan pelayar, ketik
di bahagian atas skrin.
Ketik bahasa di penjuru atas kanan pemilih templat, kemudian pilih bahasa lain.
Ketik templat yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih bahasa baru, tajuk templat dan teks dan sesetengah kawalan pemformatan bertukar untuk menggambarkan bahasa itu.
Apabila anda melihat hamparan yang menggunakan bahasa dan pemformatan yang berlainan daripada peranti anda, mesej berhampiran bawah hamparan menunjukkan format yang digunakan. Untuk melihat contoh format berlainan, ketik bahasa dalam mesej.
![Pemberitahuan seting bahasa dan rantau berlainan, menunjukkan contoh format dalam bahasa dan rantau itu.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC40C10946222E107875BC/ms_MY/43415a3965c180ae847f0f724aa15247.png)
Tukar bahasa dan format hamparan
Selepas anda mencipta hamparan, anda boleh menukar seting bahasanya semasa hamparan dibuka.
Nota: Anda tidak boleh menukar seting ini untuk hamparan dikongsi.
Ketik
, kemudian ketik Bahasa & Rantau.
Anda mungkin perlu meleret ke atas dalam kawalan untuk melihat Bahasa & Rantau.
Ketik Bahasa dan pilih bahasa baru.
Jika anda memilih item pertama dalam menu timbul Bahasa ([bahasa] sistem), anda reset hamparan kepada bahasa dan rantau peranti anda. Jika anda seterusnya menukar seting bahasa peranti anda atau jika anda membuka hamparan pada peranti dengan seting bahasa berlainan, bahasa dan rantau hamparan bertukar secara automatik mengikut peranti tersebut. Tetapi jika anda berkongsi hamparan, semua pengguna melihat hamparan dalam bahasa dan rantau anda.
Ketik Rantau (jika ia aktif) dan pilih rantau.
Ketik Selesai.
Selepas anda menukar bahasa dan rantau hamparan, sebarang data jadual dan carta baru anda masukkan menggambarkan seting baru. Untuk data jadual dan carta sedia ada, bahasa dalam tarikh (sebagai contoh, nama bulan) bertukar, tetapi tanda baca dalam tarikh dan tertib hari, bulan dan tahun tidak bertukar. Tanda baca dalam nombor (sebagai contoh, titik desimal dan pemisah ribu) bertukar.