![](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC40C10946222E107875BC/ms_MY/f58d4d82cdd8ed45b286fa50b4216639.png)
Cari hamparan dalam Numbers pada iPhone
Pengurus hamparan, ditunjukkan di bawah, ialah perkara yang anda lihat apabila anda membuka Numbers dan tiada hamparan dibuka, atau apabila anda membuka app Fail. Anda boleh mencari hamparan mengikut tajuknya, atau layarinya di tempat anda menyimpan hamparan (contohnya, pada iCloud Drive, pada peranti anda, pada peranti storan luaran, atau dengan penyedia storan pihak ketiga). Anda juga boleh mengisih hamparan untuk mencari yang anda mahu.
![Paparan layar di pengurus hamparan dengan pautan lokasi di penjuru kiri atas dan di bawahnya ialah medan Carian. Dalam baris di bawah Carian adalah butang untuk menambah folder; menu timbul untuk mencari mengikut nama folder, tarikh, saiz atau tag; dan butang untuk bertukar antara paparan ikon dan senarai. Di bawah ini ialah butang Cipta Hamparan di sebelah imej kecil untuk hamparan sedia ada. Di bahagian bawah skrin ialah butang Terbaru dan butang Layari.](https://help.apple.com/assets/5CDC401A0946222B0E787522/5CDC40C10946222E107875BC/ms_MY/a856d83308bd1ccdadb23fc4f02b0131.png)
Cari hamparan
Buka Numbers dan jika hamparan sudah dibuka, ketik Hamparan atau
di penjuru kiri atas untuk melihat semua hamparan anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari: Ketik dalam medan carian di bahagian atas tetingkap, kemudian masukkan semua atau sebahagian nama hamparan.
Lihat hanya hamparan yang dikongsi atau diedit terbaru. Ketik Terbaru di bahagian bawah skrin.
Layari semua hamparan dalam lokasi semasa: Ketik Layari di bahagian bawah skrin. Lokasi yang anda layari ditunjukkan di sepanjang bahagian atas skrin. Contohnya, jika anda melihat Numbers di bahagian atas dan iCloud Drive di sebelah kiri, lokasi semasa adalah folder Numbers dalam iCloud Drive. Untuk menukar tempat anda layari, ketik pautan di penjuru kiri atas untuk melihat senarai Lokasi (anda mungkin perlu mengetik lebih daripada sekali), kemudian ketik lokasi.
Petua: Jika anda sudah berada dalam paparan layari, ketik Layari lagi untuk melihat senarai Lokasi.
Isih mengikut nama, tarikh, saiz atau tag: Ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian leret ke bawah dalam pengurus hamparan sehingga anda melihat menu timbul Diisih Mengikut Nama. Ketik Diisih Mengikut Nama, kemudian ketik pilihan. Untuk mellihat hamparan sebagai senarai berbanding imej kecil, ketik
.