Tambah galeri imej dalam Numbers pada iPhone
Dengan galeri imej, anda boleh melihat koleksi foto dalam satu tempat (kecuali dalam sel jadual), supaya hanya satu yang muncul pada satu masa. Anda seterusnya boleh mengetik menerusi imej seperti yang anda buat dalam tayangan slaid.
Ketik , ketik , kemudian ketik Galeri Imej.
Seret galeri imej untuk menempatkannya semula dalam hamparan dan seret sebarang titik biru untuk mensaizkannya semula.
Ketik di penjuru kanan bawah galeri imej, ketik untuk memilih berbilang imej, kemudian ketik Selesai.
Untuk menyesuaikan galeri imej, pastikan ia masih dipilih, lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kedudukan atau paras zum imej: Dwiketik imej dalam hamparan, kemudian seretnya untuk mengalihkannya dalam bingkai. Seret gelangsar untuk zum.
Susun semula imej: Ketik , ketik Galeri, ketik Uruskan Imej, kemudian ketik Edit. Sentuh dan tahan , kemudian seret untuk menyusun semula imej.
Tambah kapsyen imej: Dwiketik kotak teks di bawah imej dalam hamparan dan masukkan teks anda. Untuk menggunakan kapsyen sama bagi semua imej, ketik galeri imej, ketik , ketik Galeri, kemudian pilih “Kapsyen sama untuk semua imej”. Dwiketik kotak teks di bawah sebarang imej dan masukkan teks anda.
Sembunyikan kapsyen: Nyahaktifkan Kapsyen.
Tambah perihalan imej yang boleh digunakan oleh teknologi bantuan (sebagai contoh, VoiceOver): Ketik , ketik Galeri, kemudian ketik Perihalan. Masukkan teks anda dalam kotak teks. Perihalan imej tidak boleh dilihat di mana-mana dalam hamparan anda.
Untuk menambahkan perihalan pada imej lain dalam galeri, ketik anak panah kiri atau kanan di bawah kotak teks.
Untuk melihat galeri imej, ketik atau .
Untuk menambahkan lebih banyak imej, ketik galeri imej, ketik , kemudian ketik Tambah Imej.
Untuk mengeluarkan imej, ketik , ketik Galeri, ketik Uruskan Imej, kemudian ketik di sebelah imej yang anda mahu padam.