Numbers

Tukar jenis carta dalam Numbers pada iPad
Anda boleh menukar jenis carta—contohnya daripada carta lajur kepada carta bar atau daripada carta 2D kepada carta 3D.
Tukar carta daripada satu jenis kepada yang lain
Ketik carta, ketik
, kemudian ketik Carta.
Ketik Jenis Carta, kemudian ketik jenis carta yang anda mahu gunakan.
Leret atas untuk melihat lebih banyak jenis carta.
Petua Kebolehcapaian: Gunakan seting Tajuk dalam rotor VoiceOver untuk melompat ke carta 2D, 3D, atau Interaktif dalam pop atas Jenis Carta dengan cepat.
Jika anda tidak boleh mengedit carta, anda mungkin perlu membuka kuncinya.