Rakam
Memo Muzik mengesan dan merakam bunyi secara automatik daripada gitar atau piano menggunakan mikrofon peranti anda atau mikrofon disambungkan, serta mengabaikan pertuturan dan bunyi bukan muzik lain.
Memo Muzik menunjukkan bunyi yang dikesan sebagai siri bulatan berpusat yang keluar daripada tengah skrin.
Apabila Memo Muzik sedang merakam, butang Rakam menyala merah. Apabila tiada muzik dikesan untuk beberapa saat, rakaman dihentikan.
Anda juga boleh mulakan dan hentikan rakaman secara manual.
Mula merakam. Ketik butang Rakam .
Henti merakam. Ketik butang Rakam semasa Memo Muzik sedang merakam (sama ada secara automatik atau manual).
Jika anda bermain gitar, anda boleh gunakan Memo Muzik untuk membantu menala gitar.
Aktifkan atau nyahaktifkan penala. Ketik butang Penala .
Tala gitar anda. Mainkan not tunggal pada gitar anda. Garisan merah menunjukkan sama ada not terlalu rendah (rata) atau terlalu tinggi (tajam). Apabila not telah ditala, nama not di tengah bertukar biru.