Kongsi
Anda boleh kongsi idea anda ke GarageBand pada peranti anda dan ke iTunes pada Mac. Anda juga boleh berkongsi idea melalui e-mel dan menghantarnya ke SoundCloud.
Lihat pilihan perkongsian. Ketik idea, kemudian ketik butang Kongsi .
Kongsi melalui e-mel. Ketik Mail. Tambah Artis, Komposer dan maklumat Album, kemudian ketik E-mel. Mesej e-mel muncul, dengan idea sebagai lampiran. Ketik medan Ke, Sk/Skt dan Subjek untuk edit penerima dan tajuk e-mel. Untuk memilih penerima daripada Kenalan anda, ketik butang Tambah Penerima . Untuk mengedit teks mesej, ketik isi e-mel. Apabila e-mel sedia, ketik Hantar.
Kongsi ke Mesej. Ketik Mesej. Ketik nama penerima, atau mula menaip nama sehingga penerima muncul dalam senarai, kemudian ketik nama. Anda juga boleh menambah teks mesej. Apabila anda sedia, ketik butang Hantar .
Kongsi melalui iTunes pada Mac. Ketik iTunes. Ketik salah satu pilihan tersedia untuk berkongsi idea anda sebagai campur terturun, fail audio atau projek GarageBand. Pada kali seterusnya anda selaraskan peranti anda ke iTunes, idea tersedia dalam senarai Dokumen dalam kawasan Perkongsian Fail apabila Memo Muzik dipilih.
Hantar ke GarageBand pada peranti anda. Ketik GarageBand. GarageBand dibuka pada peranti anda, dengan idea ditambah ke pelayar Lagu Saya. Jika GarageBand tidak dipasang pada peranti anda, muat turunnya daripada App Store.
Hantar ke iCloud Drive. Ketik Simpan ke Fail. Ketik salah satu pilihan tersedia untuk berkongsi idea anda sebagai campur terturun, fail audio atau projek GarageBand. Ketik iCloud Drive, kemudian ketik destinasi untuk menyimpan idea yang dieksport.
Hantar ke SoundCloud. Ketik SoundCloud. Jika anda tidak daftar masuk ke SoundCloud, daftar masuk. Taipkan tajuk untuk idea. Ketik seting Keterlihatan, Kebenaran dan Kualiti yang anda mahu idea miliki, kemudian ketik Kongsi. Idea dimuat naik ke SoundCloud sebagai fail audio dengan seting kualiti dipilih.
Hantar ke YouTube melalui iMovie. Ketik Salin ke iMovie untuk menambah idea anda ke projek iMovie baru, kemudian kongsi filem yang terhasil ke Youtube. Jika iMovie tidak dipasang pada peranti anda, muat turunnya daripada App Store.