Transisi daripada Memo Muzik ke Memo Suara
App Memo Muzik tidak lagi dikemas kini dan tidak lagi tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna baru bermula 1 Mac, 2021. Anda boleh terus menggunakan Memo Muzik pada iOS 14 dan iPadOS 14. Jika anda telah memuat turun app sebelum ini, anda masih boleh mengaksesnya daripada sejarah pembelian App Store anda.
Apabila anda membuka Memo Muzik, dialog muncul, memaklumkan anda yang anda boleh mengeksport idea muzik anda ke Memo Suara dan terus menggunakannya dalam app tersebut. Dialog menyertakan pilihan untuk mengeksport idea anda, memuat turun Memo Suara jika belum dipasang pada peranti anda, atau membuka halaman web dengan lebih banyak maklumat.
Untuk mengeksport idea anda, ketik Eksport. Jika anda mahu menunggu dan mengeksport idea anda kemudian, ketik OK.
Selepas anda mengeksport idea anda ke Memo Suara, ia muncul dalam app tersebut dalam folder bertajuk Memo Muzik.
Jika anda merakam idea baru dalam Memo Muzik selepas mengeksport rakaman anda yang sebelumnya ke Memo Suara, dialog muncul kali seterusnya anda membuka Memo Muzik, bertanya jika anda mahu mengeksport rakaman baru. Ketik Eksport untuk mengeksport idea baru ke folder Memo Muzik dalam Memo Suara.
Anda juga boleh menghantar idea anda daripada Memo Muzik ke GarageBand untuk digunakan dalam lagu GarageBand anda. Lihat Kongsi untuk mendapatkan butiran.