Edit
Dalam Pustaka, anda boleh edit idea anda dalam pelbagai cara. Ketik idea untuk melihat pilihan pengeditan. Anda boleh cubit untuk zum masuk untuk lihat lebih dekat.
Pangkas permulaan atau penghujung idea. Ketik butang Pangkas . Seret pemegang pangkas untuk menukar titik mula atau tamat idea. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Edit kord. Ketik butang Kord (Cm7), kemudian ketik kord. Untuk menukar kord, ketik kord berlainan dalam kawasan Kord. Untuk menukar tempoh masa kord bertahan, seret pemegang kord. Untuk membuat perubahan lain, ketik Tersuai, kemudian leret roda kord. Ketik Cadangan untuk menggunakan kord yang Memo Muzik cadangkan. Ketik butang Pratonton untuk mendengar not bes dengan kord dipilih. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Tukar tanda masa. Ketik butang Tanda Masa (4/4). Ketik tanda masa, kemudian ketik tanda baru dalam kawasan Tanda Masa. Anda boleh ketik Separuh, Biasa, atau Ganda Dua untuk menukar panjang bar. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Tukar tempat ukuran bermula. Ketik butang Tanda Masa (4/4), kemudian ketik anak panah dalam kawasan Rentak Mula untuk mengalihkan permulaan ukuran ke belakang atau depan. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Anda boleh menambah nota teks ke idea, untuk menyimpan sebarang pandangan, suasana, atau maklumat lain tentang idea.
Tambah nota teks. Ketik butang Teks , kemudian taipkan teks yang anda mahu tambah. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Untuk idea menggunakan gitar, anda boleh menandakan posisi dan penalaan capo. Ini hanya peringatan visual dan menukarnya tidak akan mempengaruhi bunyi idea.
Tukar posisi capo. Ketik butang Teks , kemudian ketik Capo. Pada fretboard, ketik fret yang anda mahu gunakan untuk capo. Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Tukar penalaan gitar. Ketik butang Teks , kemudian ketik Penalaan. Ketik penalaan yang anda mahu gunakan, atau leret not untuk tali ke atas atau bawah untuk mencipta penalaan tersuai. Apabila anda selesai, ketik Selesai.