
Beritahu muzik yang anda suka kepada Apple Music pada Mac
Anda boleh menjadikan lagu atau album sebagai kegemaran supaya anda boleh mencari dan memainkannya lagi kemudian dengan mudah. Jika anda menyahsuka lagu atau album, anda boleh menerima kurang cadangan untuk muzik yang serupa.
Tandakan lagu atau album yang anda suka atau tidak suka
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Klik pilihan (Album atau Lagu, contohnya) di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Lakukan satu daripada berikut:
Navigasi ke item (seperti lagu atau album), alihkan penuding ke atas item, klik
, kemudian pilih Gemar, Nyahsuka atau Cadangkan Kurang.
Klik
,
atau
untuk bertukar antara pilihan.
Memberitahu Apple Music perkara yang anda suka dan tidak suka akan meningkatkan pengesyoran masa depan.
Nota: Semua lagu dan album kegemaran anda disusun secara automatik di satu tempat—senarai main Lagu Kegemaran (di bawah Senarai Main dalam bar sisi).
Nilaikan muzik dalam pustaka anda
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Muzik > Seting, kemudian klik Umum.
Aktifkan Penilaian bintang.
Untuk menilai lagu, klik Lagu di bawah Pustaka, skrol ke lajur Penilaian, kemudian pilih penilaian daripada satu sehingga lima bintang.
Penilaian lagu diselaraskan ke semua peranti yang mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Beritahu Apple Music untuk mengabaikan tabiat pendengaran anda
Anda boleh menyahaktifkan sejarah pendengaran anda supaya Apple Music mengabaikan tabiat pendengaran anda dan melaraskan pengesyoran muzik baharu serta kandungan senarai main Main Semula.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Muzik > Seting, kemudian klik Umum.
Nyahaktifkan Gunakan Sejarah Pendengaran.
Tindakan ini juga menyembunyikan semua muzik yang anda mainkan daripada pengikut anda pada Apple Music. Untuk menyembunyikan senarai main atau album tertentu sahaja, lihat Sembunyikan muzik daripada pengikut anda.
Petua: Anda boleh mencipta Fokus tersuai untuk menyahaktifkan Gunakan Sejarah Pendengaran. Contohnya, jika anda ibu bapa yang mendengar lagu kegemaran anda dan anak anda mahu mendengar sesuatu yang mereka suka, anda boleh mengaktifkan Fokus tersebut supaya lagu mereka tidak mempengaruhi pengesyoran anda.