
Transisikan lagu dalam Muzik pada Mac
Gunakan AutoMix (pada Mac dengan Apple silicon) atau Pudar Silang untuk mengalihkan lagu dengan lancar.
Nota: Apabila Utamakan Penghantaran HDMI dipilih dalam seting Main Balik, lagu tidak lagi beralih. Nyahaktifkan Penghantaran HDMI untuk meneruskan pudar silang. Lihat Tukar seting Main Balik.
Tukar cara muzik beralih
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Muzik > Seting, kemudian klik Main Balik.
Klik menu timbul Transisi Lagu dan pilih pilihan.
Perihal AutoMix
AutoMix mengalihkan lagu ke lagu seterusnya dengan lancar, seperti DJ. AutoMix berfungsi dengan muzik daripada katalog Apple Music pada iPhone, iPad, Mac dengan Apple silicon dan Apple Vision Pro, dengan iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, visionOS 26 atau lebih baharu.
AutoMix memilih jenis transisi terbaik secara automatik, bergantung pada muzik. Sebagai contoh, AutoMix mungkin mengeluarkan kesenyapan pada permulaan dan penghujung trek atau melaksanakan pudar silang mudah, berbanding peralihan yang lebih rumit, apabila sesuai.
Nota: Album dan sesetengah genre dimainkan tanpa transisi.
AutoMix aktif secara lalai. Anda boleh menyahaktifkannya dalam baris gilir atau dalam Seting Main Balik.
Aktifkan Pudar Silang
Anda boleh mengesetkan Muzik untuk memudar masuk setiap lagu (menambahkan kelantangan secara berkadar) semasa lagu sebelumnya memudar keluar—ini dipanggil memudar silang.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Pilih Muzik > Seting, klik Main Balik, kemudian aktifkan Transisi Lagu.
Pilih Pudar Silang, kemudian seret gelangsar Saat untuk menukar jumlah masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baharu untuk pudar masuk.