
Gunakan pelayar lajur untuk mencari lagu dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mencari lagu dengan cepat dalam pustaka muzik anda menggunakan pelayar lajur.

Muzik anda boleh diisih sehingga lima kategori (Genre, Artis, Album, Komposer dan Himpunan) dan dibahagikan dalam lajur. Sambil anda memilih item dalam setiap lajur, senarai diperkecilkan untuk memaparkan lagu yang sepadan sahaja.
Contohnya, untuk mencari muzik pop sahaja oleh artis tertentu, anda boleh memilih Pop dalam lajur Genre, kemudian nama artis dalam lajur Artis.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.Klik Lagu dalam bar sisi.
Pilih Paparan > Pelayar Lajur > Tunjuk Pelayar Lajur, kemudian pilih lajur yang anda mahu paparkan.
Anda tidak boleh menukar tertib lajur.
Dalam pelayar lajur, pilih pilihan dalam satu atau lebih lajur.
Semasa anda memilih pilihan, lagu yang sepadan dengan kriteria anda kelihatan di bawah.
Petua: Untuk melompat ke lagu dengan cepat menggunakan papan kekunci anda, klik Lagu dalam bar sisi, klik pengepala lajur, kemudian taip satu atau lebih huruf atau nombor untuk mencari item pertama dengan gabungan tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengklik lajur Tajuk, kemudian menaip “P”, tajuk lagu pertama yang bermula dengan P akan dipilih.
Untuk menutup pelayar lajur, pilih Paparan > Pelayar Lajur > Sembunyikan Pelayar Lajur.