Mainkan lagu daripada pustaka anda dalam Muzik pada Mac
Dengari muzik anda mengikut cara yang anda suka—gunakan kawalan dalam tetingkap Muzik untuk mengulangi lagu, menukar susunan lagu dimainkan dan banyak lagi.
Siri: Cakap sesuatu seperti:
“Mainkan muzik”
“Mainkan album DATA”
“Apakah lagu ini?”
“Jedakan main balik muzik”
“Teruskan main balik muzik”
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari muzik dalam pustaka muzik anda:
Cari lagu atau album tertentu: Klik sebarang item di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, klik Album untuk memaparkan semua album dalam pustaka anda.
Pilih senarai main: Pilih senarai main di bawah Senarai Main dalam bar sisi.
Cari dalam pustaka muzik anda: Lihat Cari muzik.
Alihkan penuding ke atas sebarang lagu atau album, kemudian klik butang Main .
Anda juga boleh merombak dan mengulang lagu, membariskan lagu dalam tertib khusus, mengisihnya, atau menghalang lagu daripada dimainkan.
Anda boleh mendengar muzik daripada CD. Lihat Mainkan CD.