Dengar Audio Ruang dalam Dolby Atmos dalam Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh mendengar trek yang tersedia dalam Dolby Atmos, yang mencipta pengalaman audio yang mengasyikkan, tiga dimensi (ruang) pada fon kepala stereo atau speaker terbina dalam.
Album dan lagu yang tersedia dalam Dolby Atmos mempunyai butang Dolby di sebelahnya.
Pada Mac dengan Apple silicon dan macOS 12 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max untuk mendengar muzik dengan Audio Ruang serta penjejakan kepala (apabila bunyi kekal pada peranti semasa anda menggerakkan kepala anda). Lihat Gunakan AirPods dengan Mac anda.
Nota: Apple Music dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pilih seting kualiti audio (ruang) Dolby Atmos
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Seting.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Mainkan lagu yang disokong dalam format audio Dolby Atmos: Klik Main Balik, kemudian pilih satu daripada pilihan daripada menu timbul Dolby Atmos.
Pilih kualiti audio Dolby Atmos semasa memuat turun lagu: Klik Umum, kemudian pilih kotak semak Muat Turun Dolby Atmos. Lihat Tambah dan muat turun muzik.
Tukar kualiti audio (ruang) Dolby Atmos untuk lagu
Dalam app Muzik pada Mac anda, strim lagu daripada Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menukar kualiti audio lagu.
Klik butang Dolby dalam kawalan main balik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Audio Ruang.