![](https://help.apple.com/assets/5CA2B98509462224109A65C3/5CA2B98909462224109A65CB/ms_MY/782d2206a89aa5cb338e5f6bad9ff771.png)
Buat panggilan telefon menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh membuat panggilan telefon daripada Mac anda menggunakan Mesej jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 8 atau lebih baru berdekatan. Panggilan disampaikan melalui iPhone anda, tetapi anda menggunakan mikrofon dan speaker Mac anda untuk berkomunikasi. Panggilan telefon menggunakan minit selular. Bayaran selular mungkin dikenakan.
Nota: Untuk membuat panggilan telefon daripada Mac, anda perlu didaftar masuk pada iCloud menggunakan Apple ID yang sama pada kedua-dua iPhone dan Mac anda dan kedua-duanya perlu berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Lihat Buat dan terima panggilan telefon dalam FaceTime pada Mac atau artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
![Paparan butiran, yang muncul selepas anda mengklik Butiran dalam perbualan. Butang Audio di penjuru kanan atas.](https://help.apple.com/assets/5CA2B98509462224109A65C3/5CA2B98909462224109A65CB/ms_MY/4db695bb48bd6b56c3ede41db5e10253.png)
Dalam app Mesej
pada Mac anda, di penjuru kanan atas perbualan, klik Butiran, kemudian klik butang Audio
.
Jika ada lebih dari satu nombor pada kad kenalan, pilih nombor untuk dipanggil. Jika ada hanya satu nombor, panggilan bermula serta-merta.