Buat panggilan audio FaceTime menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh memulakan panggilan audio FaceTime audio dalam Mesej.
Dalam app Mesej pada Mac anda, hantar mesej kepada orang atau kumpulan yang anda mahu mulakan panggilan audio.
Klik Butiran, kemudian klik butang Audio bersebelahan nama kumpulan atau nama individu untuk memulakan panggilan serta-merta.
Jika anda tidak melihat butang Audio, anda mungkin perlu mendaftar masuk ke FaceTime. Anda boleh memilih peranti input audio mana yang digunakan dalam keutamaan Bunyi.
Untuk memulakan panggilan FaceTime menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon berlainan yang disenaraikan dalam kad kenalan rakan anda, klik dan tahan butang Audio .
Apabila seseorang menyertakan anda dalam panggilan FaceTime Kumpulan, anda boleh menyertai panggilan daripada transkrip. Hanya klik Sertai dalam gelembung mesej FaceTime.
FaceTime Kumpulan tersedia dengan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3 atau lebih baru, atau iOS 12.1.4 atau lebih baru. Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.