Hantar teks menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh menghantar mesej dengan teks, foto dan fail lain kepada rakan anda.
Nota: Sebelum anda boleh menghantar mesej, anda perlu Sediakan untuk menghantar mesej teks.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Mesej Mak yang saya akan lambat.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Hantar teks
Dalam app Mesej pada Mac anda, klik butang Karang untuk memulakan mesej baru (atau gunakan Touch Bar).
Lakukan satu daripada yang berikut:
Hantar mesej kepada seorang: Taipkan nama, alamat e-mel atau nombor telefon dalam medan Kepada. Semasa anda menaip, Mesej mencadangkan alamat berpadanan daripada app Kenalan anda atau dari orang yang anda pernah hantarkan mesej.
Anda juga boleh klik butang Tambah di sebelah kanan medan Kepada. Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel atau nombor telefon.
Hantar mesej kepada lebih daripada seorang: Lihat Hantar mesej teks kepada kumpulan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap. Anda juga boleh memasukkan mana-mana yang berikut:
Teks: Taip teks dalam medan mesej. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Petua: Tekan Option-Return untuk memasukkan pemisah baris dalam mesej.
Foto atau video pada Mac anda: Seret foto (termasuk Live Photos) atau video ke medan mesej, atau salin dan tampalnya.
Nota: Jika anda menyeret Live Photo ke mesej anda, rakan hanya melihat foto pegun. Jika anda mahu rakan dapat melihat tayangan Live Photo, kongsinya daripada app Foto. Lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto daripada Foto pada Mac.
Foto atau video terus daripada kamera iPhone atau iPad anda: Pilih Fail > Import daripada iPhone atau iPad, kemudian pilih Ambil Foto atau Imbas Dokumen untuk mengambil gambar atau mengimbas dokumen dengan iPhone atau iPad anda dan masukkannya ke dalam teks anda. (Tersedia jika anda mempunyai macOS Mojave dan iOS 12.) Lihat Masukkan foto dan imbasan dengan Kamera Kesinambungan.
Pautan fail atau web: Seret atau salin dan tampal fail atau pautan web.
Klip audio: Jika anda mahu merakam klip audio dalam mesej anda, lihat Hantar klip audio dalam mesej teks.
Emoji: Klik butang Emoji untuk menambah emoji ke mesej anda. Jika anda menambah tiga emoji atau kurang, ia kelihatan sebagai emoji besar.
Tekan Return pada papan kekunci anda untuk menghantar mesej.
Majukan mesej atau lampiran
Anda boleh memajukan mesej (atau lampiran seperti foto atau video) daripada perbualan.
Dalam app Mesej pada Mac anda, Control-klik mesej atau lampiran, kemudian pilih Maju.
Anda boleh mengulang ini untuk memajukan berbilang mesej daripada berbilang perbualan pada satu masa.
Tambah penerima, kemudian tekan Return.
Semua mesej dan lampiran dihantar.
Mac anda kini boleh menerima dan menghantar mesej teks SMS dan MMS melalui iPhone anda apabila anda menyediakan pengiriman semula mesej teks. Sebagai contoh, jika rakan menghantar mesej teks kepada anda daripada telefon selain daripada iPhone, mesej muncul pada Mac dan iPhone anda dalam Mesej.
Nota: Untuk menerima dan menghantar mesej SMS dan MMS pada Mac anda, iPhone anda mesti mempunyai iOS 8.1 atau lebih baru dan iPhone serta Mac anda mesti didaftarkan masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama. Tambahan lagi, anda mesti sediakan iPhone anda.