Buat panggilan audio FaceTime menggunakan Mesej pada Mac
Dalam Mesej, anda boleh memulakan panggilan audio FaceTime ke satu atau lebih orang yang mempunyai Mac, peranti iOS, atau peranti iPadOS yang memenuhi keperluan ini.
Nota: Anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime menggunakan Apple ID anda dan memastikan FaceTime aktif.
Dalam app Mesej pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut untuk memilih orang yang anda mahu memulakan panggilan audio:
Pilih perbualan untuk seseorang atau kumpulan.
Klik butang Video di penjuru kanan atas tetingkap.
Pilih Audio FaceTime untuk memulakan panggilan serta-merta.
Apabila seseorang menyertakan anda dalam panggilan FaceTime Kumpulan, anda boleh menyertai panggilan daripada perbualan Mesej. Hanya klik Sertai dalam gelembung mesej FaceTime. (Lihat keperluan FaceTime Kumpulan.)