Keperluan panggilan audio dan video FaceTime Kumpulan
Anda boleh membuat atau menerima panggilan FaceTime Kumpulan dalam app FaceTime apabila anda memenuhi keperluan berikut:
Anda disambungkan ke internet.
Anda mendaftar masuk ke FaceTime dengan Apple ID.
Anda mempunyai mikrofon terbina dalam atau disambungkan; untuk panggilan video FaceTime, anda juga memerlukan kamera terbina dalam atau disambungkan.
Anda mempunyai salah satu daripada berikut:
Kemas Kini Tambahan macOS 10.14.3 atau lebih baharu (Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.)
iOS 12.1.4 atau lebih baharu
iPadOS 13 atau lebih baharu
Anda boleh menyertai panggilan FaceTime Kumpulan daripada pelayar anda apabila anda memenuhi keperluan berikut:
Anda disambungkan ke internet.
Anda mempunyai mikrofon terbina dalam atau disambungkan; untuk panggilan video FaceTime, anda juga memerlukan kamera terbina dalam atau disambungkan (sokongan pengekodan video H.264 diperlukan).
Anda mempunyai peranti Android atau Windows dengan versi terkini Google Chrome atau Microsoft Edge.
Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan FaceTime pada Mac.