Tunjukkan pilihan transit berdekatan dalam Peta pada Mac
Jika anda kerap menaiki transit, anda boleh menambah Transit Berdekatan ke kegemaran anda untuk menunjukkan pilihan transit, termasuk lokasi dan masa bertolak yang berdekatan anda.
Tambah Transit Berdekatan ke kegemaran
Alihkan penuding ke atas Kegemaran dalam bar sisi, kemudian klik butang Tambah .
Di bawah Cadangan Siri, klik Transit Berdekatan.
Untuk mengeluarkan Transit daripada kegemaran anda, Control-kliknya dalam bar sisi, kemudian pilih Keluarkan daripada Kegemaran.
Lihat pilihan transit berdekatan anda
Klik Transit (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Klik laluan transit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat laluan lain: Klik laluan (jika tersedia), kemudian pilih laluan lain daripada menu.
Lihat masa bertolak lain: Klik masa bertolak (jika tersedia), kemudian pilih masa lain daripada menu.
Lihat hentian: Skrol menerusi bahagian Hentian. Untuk melihat hentian sebelum hentian paling dekat dengan anda, klik Lagi.
Pinkan laluan: Skrol ke bawah, kemudian klik Pinkan Laluan. Laluan transit kini kelihatan di bahagian atas tetingkap Transit Berdekatan.
Lihat pada peta: Skrol ke bawah, kemudian klik Lihat pada Peta. Paparan peta mengezum masuk atau keluar untuk menunjukkan semua hentian selepas lokasi semasa anda.
Dapatkan arah ke hentian transit: Skrol ke bawah, kemudian klik Dapatkan Arah.