Dapatkan arah dalam Peta pada Mac
Anda boleh mendapatkan arah untuk memandu, berjalan, menggunakan pengangkutan awam, atau berbasikal. Anda juga boleh menghantar arah ke iPhone, iPad, atau Apple Watch anda untuk akses cepat semasa di luar.
Dapatkan arah
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Klik butang Arah dalam bar alat, kemudian masukkan lokasi permulaan dan destinasi anda.
Klik destinasi anda, seperti mercu tanda atau pin pada peta, kemudian klik Arah dalam kad tempat.
Jika lokasi semasa anda ditunjukkan, Peta menggunakannya sebagai lokasi permulaan anda, tetapi anda boleh masukkan lokasi berlainan. Anda juga boleh klik butang Tukar Arah untuk menukar lokasi bermula dan berakhir anda.
Klik butang Pandu, Jalan, Transit, atau Basikal.
Klik butang Butiran Perjalanan di sebelah laluan untuk melihat senarai arah.
Jika anda memandu, arah boleh termasuk:
Penghalaan kenderaan elektrik: Lihat stesen pengecasan di sepanjang laluan anda dan jejak cas semasa anda (jika anda mempunyai kenderaan yang serasi).
Zon sesak: Untuk bandar utama seperti London, Paris, dan Singapura, zon sesak membantu mengurangkan trafik di kawasan padat. Anda boleh mendapatkan laluan di sekeliling zon ini pada waktu semasa ia berkuat kuasa.
Pengehadan plat lesen: Untuk bandar Cina yang mengehadkan akses ke kawasan padat, anda boleh mendapatkan laluan menerusi atau mengelilingi kawasan yang dilarang berdasarkan kelayakan anda.
Jika anda berbasikal, arah tersedia di bandar terpilih.
Lakukan sebarang yang berikut:
Zum masuk pada satu langkah: Klik langkah dalam senarai arah.
Pilih bila untuk bertolak atau tiba: Untuk memandu dan pengangkutan awam, klik Rancang untuk memilih bila anda mahu bertolak atau tiba. Lihat Rancang laluan pada Mac anda.
Tutup senarai arah: Klik butang Butiran Perjalanan lagi.
Hantar arah ke iPhone, iPad, atau Apple Watch anda
Anda boleh menghantar arah atau lokasi ke peranti lain anda. (Anda mesti mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada peranti anda dan Mac anda.)
Dalam app Peta pada Mac anda, klik lokasi pada peta, klik Arah, kemudian buat sebarang pelarasan yang anda mahukan.
Klik butang Kongsi dalam bar alat, kemudian pilih peranti yang anda mahu hantar arah.
Anda mendapat pemberitahuan pada peranti anda. Ketiknya untuk membuka arah dalam Peta pada peranti anda.
Anda juga boleh menyesuaikan arah berbasikal pada peranti anda. Ketahui lebih lanjut dalam panduan pengguna iPhone atau Apple Watch.