
Tandakan lokasi dengan pin dalam Peta pada Mac
Anda boleh melepaskan pin pada mana-mana lokasi untuk mendapatkan arah atau menjejakinya semasa anda menggerakkan peta. Pin adalah sementara melainkan anda menyimpannya.
Nota: Lokasi dipinkan disulitkan secara hujung ke hujung dan tidak boleh dibaca oleh Apple.
Lepaskan pin sementara
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Control-klik lokasi, kemudian pilih Tanda Lokasi.
Peta melepaskan pin
di lokasi pada peta. Anda hanya boleh mempunyai satu lokasi yang tidak disimpan dan ditandakan pada peta pada satu masa.
Simpan dan namakan pin
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Control-klik lokasi, pilih Tanda Lokasi.
Klik Pin dalam kad tempat.
Untuk menamakan semula pin, klik Dipinkan dalam bar sisi, klik
bersebelahan pin, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Klik medan nama, kemudian masukkan nama baharu.
Pilih “Rumah saya”, “Kerja saya”, atau “Sekolah saya”.
Petua: Alamat rumah, kerja dan sekolah anda dikenal pasti melalui ikon khas pada peta. Untuk menambah alamat ini ke app Kenalan, pilih Tambah ke Kad Kenalan.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Klik
.
Anda juga boleh pinkan laluan transit. Lihat Tunjukkan transit berdekatan.
Laraskan lokasi pin
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Pada peta, klik pin yang anda mahu alihkan, kemudian klik Alih.
Seret peta untuk meletakkan pin, kemudian klik
.
Keluarkan pin
Anda boleh mengeluarkan pin yang anda lepaskan.
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik Dipinkan dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik
, klik
, klik Padam, kemudian klik
.
Pada trackpad, leret ke kiri dengan dua jari pada pin, kemudian klik Padam.