![](https://help.apple.com/assets/5A847D34094622C8133E94AF/5A847D36094622C8133E94B7/ms_MY/6dba1b524965bcfe776bd8a49ffc646f.png)
Gunakan alias e-mel dalam Mail pada Mac
Alias e-mel adalah seperti nama panggilan dan membantu untuk mengekalkan alamat e-mel sebenar anda sebagai peribadi. Apabila anda menghantar e-mel menggunakan alias, penerima anda tidak akan melihat alamat e-mel sebenar anda.
Cipta atau ubah alias
Dalam app Mail
pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik Maklumat Akaun.
Klik menu timbul Alamat E-mel, pilih Edit Alamat E-mel, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tambah alias: Klik butang Tambah
, kemudian masukkan nama dan alamat e-mel.
Edit alias: Klik medan Nama Penuh atau Alamat E-mel, kemudian ubah nama atau alamat e-mel.
Keluarkan alias: Pilih alias, kemudian klik butang Keluarkan
.
Hantar e-mel daripada alias
Dalam app Mail
pada Mac anda, gerakkan penuding di atas medan Daripada dalam mesej yang anda tuliskan.
Klik menu timbul yang muncul, kemudian pilih alias e-mel.