Jika anda tidak boleh menghantar e-mel dalam Mail pada Mac
Dalam app Mail pada Mac anda, jika butang Hantar dimalapkan dalam bar alat mesej anda, atau mesej anda tidak boleh dihantar menggunakan pelayan mel keluar, cuba cadangan ini.
Pastikan pelayan mel (SMTP) keluar ditentukan seperti yang diarahkan oleh penyedia akaun e-mel anda. Lihat Sahkan pelayan keluar akaun e-mel.
Periksa mesej yang menandakan anda memerlukan kebenaran untuk menghantar e-mel (disebabkan kawalan ibu bapa). Lihat Minta kebenaran untuk menghantar e-mel.
Pilih Tetingkap > Doktor Sambungan, kemudian ikut arahan yang dipaparkan dalam lajur Butiran.
Jika terdapat masalah tembok api, sahkan bahawa tembok api tidak menyekat trafik e-mel pada port 25, 465, atau 587. Juga semak sama ada anda terjejas oleh tembok api yang lain, seperti perisian yang dipasang secara berasingan dari macOS atau terbina dalam perkongsian penghala Internet, atau ditadbir oleh penyedia akaun e-mel anda. Hubungi orang yang sepatutnya untuk mendapatkan maklumat.
Anda hanya boleh menghantar mesej daripada lokasi tertentu, atau penyedia e-mel anda membolehkan anda menghantar mesej tetapi dengan seting yang lebih ketat (seperti memerlukan nama dan kata laluan). Hubungi pembekal anda, kemudian ubah seting pelayan mel keluar dalam keutamaan Mail seperti yang diperlukan.