Sahkan pelayan keluar akaun e-mel dalam Mail pada Mac
Jika isyarat menunjukkan bahawa mesej anda tidak boleh dihantar menggunakan pelayan mel keluar khusus, berkemungkinan anda tidak menggunakan pelayan yang diperlukan untuk akaun e-mel, atau pelayan mungkin dikonfigurasi secara salah dalam keutamaan Mail.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Akaun, kemudian pilih akaun.
Klik Seting Pelayan, klik menu timbul Akaun keluar, kemudian pilih Edit Senarai Pelayan SMTP.
Semak maklumat untuk pelayan; tukar seting seperti yang diarahkan oleh penyedia akaun e-mel anda.
Jangan keluarkan pelayan yang digunakan oleh akaun melainkan jika anda bersedia untuk menambah pelayan yang berlainan untuk akaun.
Uji sebarang perubahan yang anda lakukan dengan menghantar mesej kepada diri anda sendiri.
Apabila anda memilih pelayan berlainan untuk akaun, semua mesej yang anda hantar dari akaun menggunakan pelayan itu sehingga status rangkaian berubah. Status boleh berubah apabila anda beralih dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain (sebagai contoh, dari tempat kerja ke rumah), atau jika Mac anda tidur dan bangun dalam persekitaran rangkaian berlainan.