Gunakan SSL untuk bersambung ke pelayan mel keluar dalam Mail pada Mac
Jika penyedia akaun e-mel anda menyokong SSL ( Lapisan Soket Selamat, satu teknologi keselamatan) untuk pelayan mail (SMTP), anda boleh meminta penyedia anda menyediakan maklumat yang anda perlukan untuk bersambung ke pelayan mel keluar menggunakan SSL.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Akaun, kemudian pilih akaun.
Klik Seting Pelayan, kemudian klik Uruskan Pelayan Keluar.
Pilih pelayan dalam senarai, klik Lanjutan, kemudian pilih Gunakan SSL.
Nombor port diubah secara automatik; edit nombor, jika perlu, untuk memadankan dengan maklumat dibekalkan oleh pembekal anda.
Klik Simpan, kemudian tutup keutamaan Mail.
Klik Simpan dalam mesej yang muncul.
Jika anda menerima mesej ralat “Tidak dapat bersambung” selepas membuat perubahan, nyahpilih Gunakan SSL dan hubungi penyedia akaun e-mel anda.