Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Aktifkan atau nyahaktifkan Power Nap pada Mac
Jika Mac anda menyokongnya, Power Nap diaktifkan secara lalai apabila Mac anda dipasangkan kepada penyesuai kuasa. Anda boleh mengubah seting Power Nap dengan mudah.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tentukan seting Bateri: Klik Bateri, kemudian pilih atau nyahpilih “Dayakan Power Nap semasa menggunakan kuasa bateri.”
Tentukan seting Penyesuai Kuasa: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian pilih “Dayakan Power Nap semasa dipasang ke dalam penyesuai kuasa.”
Lihat jugaApakah Power Nap pada Mac?