![](https://help.apple.com/assets/5BFDD3F8094622802EEE504F/5BFDD3F9094622802EEE5056/ms_MY/e6943af10c989a0c9f00b71a98f392b8.png)
Benarkan app untuk menggunakan maklumat kenalan anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan maklumat kenalan anda untuk memberikan anda dengan perkhidmatan dan ciri-ciri. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kenalan anda untuk membantu anda menghantar e-mel atau berkongsi mesej dengan rakan.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat daripada kenalan anda, klik OK. Jika anda tidak mahu memberi keizinan penggunaan maklumat kenalan, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan maklumat kenalan, anda akan tertakluk pada terma dan polisi privasi mereka dan bukan Polisi Privasi Apple. Anda seharusnya menyemak semula syarat dan dasar privasi mereka untuk memahami cara mereka mengendalikan dan menggunakan maklumat anda. Lihat Dasar Privasi Apple.
Anda boleh semak semula dan ubah seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi dari keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya