Jika anda terlupa nama pengguna atau akaun pada Mac
Apabila anda menyediakan Mac, anda masukkan nama penuh anda dan nama akaun yang dicipta. Nama akaun kadangkala dipanggil nama pendek kerana ia selalunya versi lebih pendek nama penuh anda atau nama yang anda cipta. Apabila diminta nama pengguna anda—sebagai contoh, dalam tetingkap log masuk atau apabila menyambungkan perkongsian fail atau perkongsian skrin—anda boleh masukkan sama ada nama penuh atau nama akaun anda. Nama akaun digunakan oleh Mac anda untuk menjejaki semua fail dan maklumat anda. Oleh sebab itu, nama akaun adalah kekal; anda tidak boleh mengubahnya tanpa mencipta pengguna baru sepenuhnya.
Jika anda tidak dapat mengingati nama akaun anda, buka tetingkap Finder , kemudian pilih Pergi > Utama. Nama akaun anda muncul bersebelahan ikon rumah di atas tetingkap Finder.