Gunakan kad SD atau SDXC dengan Mac
Jika Mac anda mempunyai slot kad SD (Digital Keselamatan) atau SDXC (kapasiti tambahan SD), anda boleh menggunakan kad untuk mengimport imej daripada kamera digital atau untuk menyimpan maklumat.
Jika kad telah diformatkan oleh kamera digital, memasukkan kad dalam Mac anda akan melaksanakan tindakan yang sama seperti menyambung kamera ke Mac anda.
Masukkan kad SD: Dengan logam sentuh kad menghadap ke bawah dan menuding ke arah komputer, masukkan kad ke dalam slot.
Keluarkan kad SD: Dalam bar sisi tetingkap Finder, pilih kad, kemudian pilih Fail > Keluarkan. Selepas ikon kad hilang dari bar sisi, keluarkan kad dari slot.
Jika anda melihat mesej menyatakan kad tidak boleh diubah suai: Penggelongsor di sebelah kad mungkin dalam kedudukan yang dikunci. Keluarkan kad, alih penggelongsor ke kedudukan tidak dikunci, kemudian masukkan kad semula.
Lihat Artikel Sokongan Apple Perihal slot kad SD dan SDXC.