Perihal pilihan rangkaian lanjutan pada Mac
Gunakan keutamaan Rangkaian untuk mengesetkan pilihan lanjutan, seperti WINS, DNS dan seting pelayan proksi, bergantung pada perkhidmatan rangkaian yang anda sedang gunakan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh ISP atau pentadbir rangkaian anda. Tidak semua pilihan tersedia untuk semua perkhidmatan.
Seting TCP/IP
Sediakan beberapa perkhidmatan rangkaian untuk menggunakan alamat IPv6 dan bukannya alamat IPv4. Lihat Masukkan seting TCP/IP lanjutan.
Seting DNS
Pelayan DNS (Sistem Nama Domain) menukar nama Internet kepada alamat IP supaya anda tidak perlu mengetahui alamat IP pelayan yang anda cuba bersambung. Lihat Masukkan DNS dan seting domain carian.
Seting WINS
Perkhidmatan Penamaan Internet Windows (WINS) ialah sebahagian daripada pelayan Microsoft Windows dan mengurus perkaitan nama pelayan dan lokasi dengan alamat Protokol Internet (IP). Lihat Tukar pilihan WINS.
Seting pelayan proksi
Jika komputer anda disambungkan ke rangkaian yang dilindungi dari Internet oleh tembok api, anda mungkin perlu untuk tentukan pelayan proksi atau menggunakan mod pasif FTP (PASV) untuk mengakses beberapa laman Internet. Lihat Masukkan tetapan pelayan proksi.
Seting perkakasan Ethernet
Setkan pilihan perkakasan Ethernet jika rangkaian anda memerlukannya dan perkhidmatan rangkaian anda menyokongnya. Lihat Tukar pilihan perkakasan lanjutan atau Gunakan Gigabit Ethernet.