Tukar pilihan WWAN lanjutan pada Mac
Jika perkhidmatan wayarles anda menyokongnya dan anda mempunyai penyesuai Rangkaian Kawasan Luas Wayarles (WWAN) yang menyokong Sistem Sejagat untuk Komunikasi Mudah Alih(GSM) atau (SDMA), anda boleh sambung komputer anda ke Internet menggunakan.
Secara lalai, macOS memasukkan seting sambungan WWAN apabila anda memasukkan penyesuai ke dalam komputer anda. Anda boleh laraskan seting ini jika maklumat akaun anda berubah atau ISP anda memberikan anda maklumat tambahan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih sambungan WWAN anda dalam senarai perkhidmatan.
Klik Lanjutan, kemudian klik WWAN.
Gunakan menu timbul Vendor dan Model untuk mencari seting yang betul bagi penyesuai WWAN anda.
Masukkan maklumat berikut, jika ISP anda membekalkannya:
Masukkan nama titik akses dalam medan APN.
Klik menu timbul CID, kemudian pilih nilai pengenal pasti konteks.
APN dan CID dibekalkan untuk kegunaan dengan perkhidmatan GSM.