Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Reset sistem pencetakan Mac untuk menyelesaikan masalah
Jika anda tidak boleh mencetak ke pencetak anda dan anda telah mencuba semua penyelesaian lain, reset sistem pencetakan. Proses ini memadam semua pencetak dari senarai pencetak anda, memadam maklumat tentang kerja cetak yang telah selesai dan memadam semua praset pencetak.
Penting: Mula-mula, cuba teknik penyelesaian masalah lain dalam Menyelesaikan masalah mencetak pada Mac.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbas.
Tahan terus kekunci Control semasa anda mengklik dalam senarai di sebelah kiri, kemudian pilih “Reset sistem pencetakan” daripada menu yang muncul.
Selepas anda reset sistem pencetakan, senarai pencetak dalam keutamaan Pencetak & Pengimbas menjadi kosong.