Jika penuding tidak bergerak semasa menggunakan trackpad dengan Mac
Jika penuding tidak bergerak apabila anda menggunakan trackpad pada Mac mudah alih anda, pastikan anda hanya menggunakan satu jari pada trackpad. Bergantung pada jenis Mac mudah alih yang anda ada dan pilihan yang anda setkan dalam keutamaan Trackpad, menggunakan lebih daripada satu jari pada trackpad mungkin tidak akan menggerakkan penuding.
Untuk melihat pilihan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Trackpad, kemudian klik Tunjuk & Klik.
Buka keutamaan Trackpad untuk saya
Jika terdapat kotak semak “Abaikan input trackpad secara tidak sengaja” dalam keutamaan Trackpad dan ia dipilih, menggunakan dua jari pada trackpad tidak akan menggerakkan penuding.
Pada sesetengah komputer mudah alih, anda boleh menggunakan dua jari pada trackpad untuk skrol dalam tetingkap yang mempunyai bar skrol. Jika Mac anda mempunyai ciri ini, anda tidak boleh menggunakan dua atau lebih jari untuk menggerakkan penuding.
Jika trackpad masih tidak berfungsi, Mac anda mungkin menunjukkan amaran bateri lemah yang anda tidak dapat lihat. Sambungkan Mac anda ke salur keluar elektrik atau sambungkan papan kekunci luaran untuk melihat amaran.
Jika anda masih menghadapi kesukaran, anda mungkin mempunyai masalah dengan perkakasan anda. Lihat Pembekal Khidmat Sah Apple.