Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Nyahaktifkan penyulitan FileVault pada Mac
Apabila anda nyahaktifkan FileVault, penyulitan dinyahaktifkan dan kandungan Mac anda dinyahsulitkan. Menyahsulit akan mengambil sedikit masa, bergantung berapa banyak maklumat yang anda simpan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan Mac anda untuk melakukan tugas lain ketika penyahsulitan maklumat sedang berlaku.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik FileVault.
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Klik Nyahaktifkan FileVault.
Klik Nyahaktifkan Penyulitan.