Import dan eksport seting sambungan rangkaian pada Mac
Anda boleh eksport kumpulan seting sambungan atau konfigurasi, dari keutamaan Rangkaian, kemudian biarkan orang lain pada rangkaian anda menggunakan fail konfigurasi untuk import seting ke dalam keutamaan Rangkaian pada komputernya.
Sebagai contoh, jika anda seorang pentadbir rangkaian, anda boleh mencipta fail konfigurasi dengan seting yang betul untuk rangkaian anda, eksportkannya, kemudian hantarkannya kepada pengguna supaya mereka mudah membuat persediaan untuk bersambung dengan rangkaian anda.
Jika anda diberikan fail konfigurasi, anda boleh mengimportnya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Eksport seting: Untuk mengeksport fail, pilih perkhidmatan yang setingnya anda mahu eksport, seperti konfigurasi VPN, dalam senarai di sebelah kiri, klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Eksport Konfigurasi. Berikan fail konfigurasi satu nama, klik menu timbul Di Mana, kemudian pilih tempat untuk menyimpannya. Anda juga boleh memilih untuk mengeksport konfigurasi pengguna atau mesin, atau kedua-duanya.
Import seting: Klik menu timbul Tindakan , pilih Import Konfigurasi, pilih fail, kemudian klik Buka. Anda juga boleh dwiklik fail konfigurasi untuk mengimportnya ke dalam keutamaan Rangkaian, kemudian pilih konfigurasi menggunakan menu timbul Konfigurasi.