Aktifkan atau nyahaktifkan lampu belakang papan kekunci Mac anda
Jika Mac mudah alih anda mempunyai papan kekunci cahaya belakang, anda boleh melaraskan paras lampu belakang.
Nyahaktifkan lampu belakang: Tekan kekunci kurangkan kecerahan papan kekunci sehingga papan kekunci tidak lagi bercahaya.
Aktifkan lampu belakang: Tekan kekunci tingkatkan kecerahan papan kekunci sehingga kecerahan papan kekunci memenuhi keperluan anda.
Laraskan lampu belakang dalam cahaya rendah secara automatik: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Papan Kekunci, kemudian pilih “Laraskan kecerahan papan kekunci dalam cahaya rendah.”
Nyahaktifkan lampu belakang secara automatik selepas tempoh ketidakaktifan: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Papan Kekunci, pilih “Nyahaktifkan lampu belakang papan kekunci selepas [tempoh masa] ketidakaktifan,” kemudian pilih masa daripada menu timbul.
Pengesan lampu terletak dalam gril speaker komputer anda; pastikan gril tidak ditutup apabila anda menggunakan Mac anda dalam keadaan cahaya rendah.