Tukar kelajuan tindak balas papan kekunci Mac anda
Jika Mac anda memberikan respons terlalu cepat apabila anda menekan kekunci pada papan kekunci, anda boleh melaraskan tempoh masa antara bila kekunci ditekan dengan bila Mac anda memberi respons pada ketukan kekunci.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Papan Kekunci.
Klik Dayakan Kekunci Perlahan, klik Pilihan, kemudian seret gelangsar Tundaan Penerimaan untuk mengesetkan berapa lama anda mahu Mac anda menunggu sebelum ia memberi respons selepas kekunci ditekan.
Untuk mendengar bunyi maklum balas setiap kali Mac anda memberi respons pada ketukan kekunci, pilih “Gunakan bunyi kekunci klik.”
Anda juga boleh menetapkan berapa lama Mac anda perlu tunggu sebelum ia mula mengulang kekunci yang anda sedang tekan.