Dapatkan maklumat fail, folder dan cakera pada Mac
Anda boleh mendapat maklumat tentang fail, folder atau cakera dengan cepat.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Dapatkan info item individu: Pilih item, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info, atau tekan Command–I.
Tetingkap maklumat berasingan dibuka untuk setiap item.
Dapatkan ringkasan info untuk item berbilang: Pilih berbilang item, tekan dan tahan kekunci Control, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info Ringkasan.
Tetingkap memaparkan ringkasan maklumat tentang item itu.
Tunjukkan info di bawah ikon: Buka folder dalam Finder atau klik desktop, pilih Lihat > Tunjukkan Pilihan Paparan, kemudian pilih “Tunjukkan info item.” (Hanya tersedia untuk paparan Ikon.)
Info item boleh termasuk saiz fail, panjang filem, dimensi imej dan selanjutnya.
Tunjukkan info dalam anak tetingkap Pratonton: Buka folder dalam Finder, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Pratonton. Lihat Gunakan anak tetingkap Pratonton.
Lihat status iCloud: Apabila Desktop dan Dokumen iCloud diaktifkan, folder dan fail anda mungkin muncul dengan salah satu penunjuk status dalam lajur Status iCloud:
Dalam iCloud: Ikon status Dalam iCloud memberitahu anda bahawa folder atau fail hanya dalam iCloud. Anda mesti bersambung ke Internet untuk bekerja dengan item, melainkan anda muat turunnya pada Mac anda. Control-klik fail, kemudian pilih Muat Turun Sekarang.
Tidak Layak: Ikon status Tidak Layak memberitahu anda bahawa folder atau fail tidak boleh disimpan dalam iCloud. Ini selalunya disebabkan anda tidak mempunyai storan iCloud yang mencukupi. Untuk ketahui lebih lanjut tentang mengosongkan storan, lihat Optimumkan ruang storan pada Mac anda.
Dimuat Turun: Ikon status Dimuat Turun memberitahu anda bahawa folder atau fail dikemas kini antara Mac dan iCloud anda dan anda boleh lihat atau editnya serta-merta, dengan atau tanpa sambungan Internet.
Menunggu untuk Muat Naik: Ikon status Menunggu untuk Muat Naik menunjukkan bahawa folder atau fail belum lagi disimpan dalam iCloud.
Tiada Ruang: Ikon status Tiada Ruang menunjukkan bahawa fail atau folder tidak boleh disimpan dalam iCloud kerana ruang storan iCloud tidak mencukupi.
Ikon serupa juga boleh muncul bersebelahan iCloud Drive dalam bar sisi, dimana ia menandakan storan iCloud penuh.
Carta pai: Ikon status carta pai berubah secara berperingkat dari cerah ke gelap semasa fail dipindahkan.
Carta pai yang sama juga boleh muncul bersebelahan iCloud Drive dalam bar sisi, di mana ia menandakan kemajuan keseluruhan pemindahkan fail dari dan ke iCloud Drive.
Nota: Walaupun lajur Status iCloud tiada dalam tetingkap Finder, anda masih boleh melihat status untuk kebanyakan pemindahan fail iCloud bersebelahan nama folder atau fail. Hanya ikon untuk item dimuat turun sahaja yang anda tidak dapat lihat.
Bar status di bawah atau di atas tetingkap Finder memaparkan bilangan item dalam cakera atau folder dan jumlah ruang cakera yang tersedia. Jika anda tidak melihat bar status, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Status.