Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jejak laluan trafik rangkaian menggunakan Utiliti Rangkaian pada Mac
Mesej yang anda hantar melalui Internet biasanya melintasi komputer lain dalam perjalanan ke destinasi akhirnya.
Gunakan Utiliti Rangkaian untuk mengikuti laluan yang mesej ambil semasa ia bergerak melalui rangkaian dari komputer ke komputer.
Pada Mac anda, buka app Utiliti Rangkaian yang terletak dalam folder /Sistem/Pustaka/CoreServices/Applications.
Klik Traceroute.
Taipkan nama domain atau alamat IP destinasi terakhir dan klik butang Jejak.
Untuk bantuan mentafsir hasil atau untuk melihat bagaimana anda boleh menggunakan perintah traceroute pendasar untuk memperincikan penyelesaian masalah anda, buka Terminal (dalam Aplikasi > Utiliti), kemudian taip man traceroute di baris perintah.