Perbaharui alamat IP anda daripada pelayan DHCP pada Mac
Jika anda menerima alamat IP anda menggunakan DHCP, anda boleh memaksa komputer anda untuk memperbaharui alamat IP semasa anda. Dalam sesetengah kes, memperbaharui alamat IP menyelesaikan isu sambungan.
Anda mungkin perlu lakukan ini secara berkala dalam persekitaran di mana banyak komputer menggunakan pelayan DHCP yang sama atau pentadbir rangkaian telah menyediakan masa pajakan DHCP yang pendek.
Semak dengan ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mengetahui sama ada anda perlu memperbaharui alamat DHCP anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih perkhidmatan rangkaian yang memerlukan alamat IP diperbaharui.
Klik Lanjutan, klik TCP/IP, kemudian klik Perbaharui Pajakan DHCP.