Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu pada Mac
Gunakan ikon status Wi-Fi dalam bar menu untuk bertukar antara rangkaian Wi-Fi, aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi, atau buka keutamaan Rangkaian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik Wi-Fi dalam senarai di bahagian kiri.
Jika Wi-Fi tiada dalam senarai, klik butang Tambah di bahagian bawah senarai. Klik menu timbul Antara Muka, pilih Wi-Fi, berikan nama perkhidmatan Wi-Fi, kemudian klik Cipta.
Pilih “Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu.”
Empat isyarat bar muncul dalam ikon status Wi-Fi dalam bar menu. Lebih banyak bar hitam yang anda lihat, lebih tinggi kualiti isyarat.
Lihat jugaTukar keutamaan Wi-Fi pada Mac