Sambung Mac anda ke Internet menggunakan Wi-Fi
Jika anda berada dalam julat rangkaian Wi-Fi, anda boleh cuba untuk menyertainya.
Sertai rangkaian Wi-Fi awam
Pada Mac anda, klik ikon Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih rangkaian yang anda mahu sertai.
Jika anda tidak melihat ikon Wi-Fi dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, pilih Wi-Fi, kemudian pilih “Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu.”
Jika diminta, masukkan kata laluan untuk rangkaian, kemudian klik Sertai.
Sertai rangkaian Wi-Fi tersembunyi
Anda perlu mengetahui nama, protokol keselamatan dan kata laluan rangkaian tersembunyi untuk menyertainya.
Pada Mac anda, klik ikon Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih Sertai Rangkaian Lain.
Jika anda tidak melihat ikon Wi-Fi dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, pilih Wi-Fi, kemudian pilih “Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu.”
Klik menu timbul Keselamatan, kemudian pilih jenis keselamatan wayarles.
Masukkan maklumat untuk sebarang medan tambahan yang dipaparkan, kemudian klik Sertai.