Tukar keutamaan Penaipan Kawalan Suis pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Penaipan pada Keutamaan Sistem Kebolehcapaian Kawalan Suis untuk mengesetkan pilihan untuk membantu anda menaip apabila anda menggunakan Kawalan Suis.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Kawalan Suis, kemudian klik Penaipan.
Buka anak tetingkap Kawalan Suis untuk saya
Masukkan dan keluarkan jarak secara automatik | Biarkan Kawalan Suis menguruskan jarak apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membetulkan jarak secara automatik selepas noktah atau antara ayat, berdasarkan konteks. |
Huruf besarkan ayat secara automatik | Biarkan Kawalan Suis menguruskan penghurufbesaran apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membesarkan huruf secara automatik selepas noktah (penghujung ayat), berdasarkan konteks. |