Jika storan dalam Mac ini memerlukan servis
Jika anda menerima pemberitahuan bahawa storan dalam Mac ini memerlukan servis, ini bermakna ralat Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) telah dikesan.
SSD dalam Mac termasuk perkakasan Teknologi Pemantauan Sendiri, Analisis dan Laporan (S. M. A. R.T.). Teknologi ini mengesan blok memori kilat yang telah berhenti berfungsi dengan betul. Masalah tersebut tidak boleh dibetulkan menggunakan Utiliti Cakera atau sebarang app pihak ketiga yang lain.
Dapatkan servis untuk SSD anda
Sandarkan sebanyak mungkin data pada SSD menggunakan Time Machine.
Untuk maklumat lanjut, lihat Sandarkan fail anda dengan Time Machine pada Mac.
Bawa Mac ke Pembekal Khidmat Sah Apple atau Apple Store. Anda juga boleh menghubungi Sokongan Apple.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Servis atau baiki Mac anda.