![](https://help.apple.com/assets/5BFDD3F8094622802EEE504F/5BFDD3F9094622802EEE5056/ms_MY/937fa92677a2c49a18fa81070e5d8419.png)
Gunakan penampilan cerah atau gelap pada Mac anda
Anda boleh bertukar antara penampilan cerah atau gelap untuk bar menu, gambar desktop, Dock dan app terbina dalam pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Pilih Cerah atau Gelap.
Mod Gelap menggelapkan skema warna supaya kandungan yang anda sedang kerjakan terserlah, sementara tetingkap dan kawalan kelihatan tenggelam ke dalam latar belakang. Ia efektif untuk melihat dokumen, pembentangan, foto, filem, halaman web dan banyak lagi.
Anda juga boleh memilih warna aksen untuk butang, menu timbul dan kawalan UI lain dan warna serlahan untuk digunakan untuk menyerlahkan teks yang dipilih.
Sesetengah gambar desktop dinamik mungkin memberikan gambar pegun supaya gambar desktop tidak mengganggu daripada penampilan cerah atau gelap. Sebagai contoh, jika anda memilih penampilan gelap semasa persediaan macOS, gambar desktop disetkan ke imej pegun gelap. Anda boleh menukar seting ini dalam keutamaan Desktop.