Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi dokumen sebagai fail PDF pada Mac
Anda boleh berkongsi dokumen sebagai fail PDF menggunakan Mail, Mesej dan iCloud Drive serta menambahnya ke pustaka Apple Books anda.
Pada Mac anda, buka dokumen.
Pilih Fail > Cetak.
Klik menu timbul PDF, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Hantar PDF melalui Mesej: Pilih Hantar melalui Mesej, kemudian taipkan nama, alamat e-mel, atau nombor telefon dalam medan Kepada. Masukkan mesej jika anda mahu dan tekan Return.
Simpan PDF ke iCloud Drive: Pilih Simpan ke iCloud Drive.
Hantar PDF melalui e-emel: Pilih Hantar dalam Mel, taipkan alamat e-mel dalam medan Kepada, masukkan mesej jika anda mahu, kemudian klik Hantar.
Tambah PDF ke pustaka Apple Books anda: Pilih Tambah ke Apple Books.
Lihat jugaSimpan dokumen sebagai fail PDF pada Mac