Mengurus kawalan ibu bapa daripada Mac lain
Selepas anda menetapkan sekatan untuk kanak-kanak pada Mac, anda boleh menguruskan kawalan ibu bapa dari Mac yang berlainan. Kedua-dua komputer mestilah berada pada rangkaian yang sama.
Pada Mac yang digunakan oleh anak, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kawalan Ibu Bapa.
Buka keutamaan Kawalan Ibu Bapa untuk saya
Nota: Apabila anda membuka keutamaan Kawalan Ibu Bapa, jika anda melihat mesej “Tiada akaun pengguna untuk diuruskan,” anda perlu untuk menambah akaun pengguna baru dan aktifkan kawalan ibu bapa.
Klik ikon kunci untuk membuka kunci, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir (atau jika Mac anda mempunyai Touch ID, gunakan Touch ID).
Jangan pilih akaun anak pada masa ini.
Pilih “Urus kawalan ibu bapa daripada komputer lain.”
Jika anda tidak melihat pilihan ini, mungkin terdapat pengguna dipilih pada sebelah kiri keutamaan Kawalan Ibu Bapa. Command-klik pengguna dipilih supaya pengguna tersebut tidak lagi dipilih.
Pada Mac yang anda mahu gunakan untuk menguruskan seting kawalan ibu bapa, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kawalan Ibu Bapa.
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir (atau jika Mac anda mempunyai Touch ID, gunakan Touch ID).
Pilih Mac yang digunakan oleh anak.
Masukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk Mac yang anak tersebut gunakan.
Pilih pengguna untuk diuruskan.
Anda kini boleh menukar seting kawalan ibu bapa kanak-kanak dan memantau log aktivitinya.